Monday 28 February 2011

 MADRASAH NADWAH ISLAMIYAH TAMAN MELATI,PERAK

DISEDIAKAN UNTUK  :
    USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

(PENSYARAH CTU 151)

DISEDIAKAN OLEH     :
   
    MUHAMMAD FIKRI BIN ABDUL RAHMAN
  
    NO. MATRIK          : 2010676566
    
    KUMPULAN           : ASD2fn


PROGRAM

    DIPLOMA SAINS ( AS 120 )






ISI KANDUNGAN
-         ABSTRAK
-         PENDAHULUAN
-         PENGERTIAN SURAU
-         SEJARAH PENUBUHAN
-          KEGIATAN YANG DIJALANKAN
-         PENUTUP
-         LAMPIRAN
-         RUJUKAN













ABSTRAK

Kebiasaanya Surau ditakrifkan sebagai tempat ibadah bagi umat islam dimana ianya Kebiasaannya terletak berhampiran dengan penduduk setempat.tujuannya ialah bagi memudahkan umat islam untuk singgah solat disurau tersebut. Ciri –ciri Surau ialah berkonsepkan institusi dimana umat islam boleh memperolehi ilmu agama. Penduduk setempat juga lebih gemar mengunjungi surau kerana ianya bersifat lebih mesra kerana kebanyakan orang yang hadir disurau adalah dikalangan penduduk itu sendiri. Dengan itu, ia dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama umat. Surau juga turut tidak ketinggalan dalam usaha menjayakan sesuatu aktiviti di kawasan perumahan tersebut. 








PENDAHULUAN

 Saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan hasil kertas kerja CTU 151 dan setinggi-setinggi pujian kepada Allah s.w.t kerana memudahkan serta melancarkan segala urusan saya dalam usaha menyiapkan kerja khusus ini. Segala puji untuk Allah yang menjadikan umat Islam zaman sekarang sebagai umat Nabi Muhammad,umat akhir zaman yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan yang besar.Pada masa sekarang,manusia mendapat pelbagai dugaan daripada Allah S.W.T.Oleh itu,manusia hanya mengejar keduniaan daripada akhirat. Madrasah Nadwah Islamiah di Taman Melati memainkan peranan kepada setiap penduduk setempat dia taman ini.Tajuk ini akan membincangkan tentang sejarah dan kegiatan surau yang dijalankan di sini.Surau adalah salah satu tempat beribadah untuk umat Islam terutama pada penduduk setempat.Hampir kesemua taman ataupun kampung didirikan surau untuk tempat berjemaah besama penduduk setempat.Ini juga salah satu alternatif kepada penduduk yang tidak dapat menunaikan solat di masjid oleh sebab-sebab yang tertentu.Surau juga memainkan peranan dalam mewujudkan aktiviti seperti ceramah agama,gotong royong dan lain-lain yang membolehkan penduduk setempat saling merapatkan silaturahim diantara mereka.Melalui ini,sejarah surau di taman akan dapat diketahui secara lebih terperinci.Surau juga adalah salah satu tempat dimana berhimpunnya penduduk setempat untuk membuat sesuatu aktiviti ataupun program kemasyarakatan.Surau juga dijadikan tempat untuk menuntut ilmu agama disamping fardhu ain dan fardhu kifayah.Perbezaan diantara surau dengan masjid adalah sangat berbeza dari pelbagai aspek.Surau adalah tempat yang penting walaupun tidak banyak manfaat yang boleh dipraktikkan seperti di masjid.






PENGERTIAN SURAU
Sejarah adalah peristiwa yang berlaku pada masa lepas atau lampau.Tetapi pada konsep pengertian ini,sejarah surau bermaksud tentang penubuhan surau di taman ini.Penubuhan surau di taman ini amat penting untuk mengetahui tentang asal-usul terbinanya surau di taman ini.Ia juga menjadi lambang bahawa dia taman ini terdapatnya penduduk yang beragama Islam.Surau adalah tempat penting untuk berkumpulnya umat Islam untuk melakukan solat berjemaah beramai-ramai di samping mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.Penubuhan surau dianggap tidak penting bagi segelintir golongan,tetapi ini akan menjadi penting jika terdapat hal-hal yang mustahak.Surau juga menjadi antara tempat terpenting terutama jika berkaitan dengan hal agama.Di sini lah tempat yang paling sesuai untuk dibincangkan besama-sama penduduk tetapi tidaklah sehingga menggangu solat berjemaah ataupun aktiviti yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa surau.









  
SEJARAH PENUBUHAN SURAU MADRASAH NADWAH ISLAMIYAH, TAMAN MELATI, SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.

Dibina pada tahun 1986 atau lebih tepat lagi pada pertengahan tahun 1985. Idea asal penubuhan surau madrasatul nadawah islamiah ini diterajui atau direntiskan oleh Haji Zainal Bin Ismail bersama rakan beliau yang lain dikenali sebagai En. Azmi dan En. Rahim di mana mereka merupakan diantara penduduk yang terawal yang menduduki kawasan perumahan Taman Melati pada ketika itu. Suaru ini didirikan di atas tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Daerah Seri Manjung. Pada awalnya, pelan surau ini dibina di atas tanah padang bola sepak di kawasan perumahan tersebut tetapi Hj. Zainal berasakan bahawa pembinaan surau disitu tidak sesuai kerana berhadapan dengan tangki kumbahan. Oleh itu, Hj. Zainal telah menubuhkan satu jawatankuasa pembinaan surau di mana Hj. Zainal sendiri menjadi pengerusi mengadakan satu mesyuarat tentang pembinaan surau tersebut ditempat yang lain. Kata putus daripada mesyuarat tersebut mereka semua bersetuju untuk membina surau tersebut di atas kawasan tanah lapang yang kebetulannya berada di tepi jalan raya dan ini dapat memudahkan para musafir dan pelancong untuk singgah solat sebelum meneruskan perjalanan mereka ke destinasi yang ingin ditujui. Di samping itu, tanah lapang tersebut pada asalnya dimiliki oleh pihak pemaju perumahan. Kemudian Hj. Zainal bersama Uztaz Arif Zaki Bin Zakaria seorang kardi daerah pada ketika itu telah menulis surat kepada pihak majlis agama islam perak meminta agar tanah lapang di kawasan perumahan mereka itu diwartakan sebagai tanah hak milik majlis agama islam negeri supaya surau tersebut dapat dibina.  Untuk membuat sesuatu projek bukanlah semudah yang disangkakan, setelah tanah itu diwartakan sebagai tanah milik majlis agama islam negeri, keadaan pada ketika itu merunsingkan Hj. Zainal dan ajk surau yang lain apabila tiada peruntukan daripada pihak majlis agama islam negeri mahupun daerah untuk membina surau tersebut, pihak majlis agama islam daerah hanya memberi kebenaran untuk membina surau tersebut sahaja. Jadi, untuk mendapatkan peruntukan pembinaan surau tersebut Hj. Zainal bersama 10 orang rakan yang lain terpaksa membuat kutipan derma dari rumah ke rumah di seluruh negeri perak. Dalam masa yang sama juga, Hj. Zainal juga menulis dan menghantar surat kepada sultan, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan untuk meminta sumbangan atau dana bagi pembinaan surau tersebut. Selain itu, golongan artis atau selebriti juga ada memberikan sumbangan seperti arwahyarham sudirman. Pelbagai pengalaman pahit-manis dan suka-duka serta  pengalaman yang melucukan yang dialami oleh Hj. Zainal bersama rakan-rakan yang lain sepangjang proses untuk membina atau mendirikan surau madrasatul nadawah islamiah ini. Antaranya duit kutipan mereka hilang, ditahan oleh jkk kampong dan sebagainya. Pengalaman ini tidak dapat dilupakan oleh Hj. Zainal dan rakan-rakan sehingga sekarang dan apabila Hj. Zainal dan rakan-rakan mengimbau kembali pengalaman serta peristiwa yang mereka alami dahulu pasti akan mencuit hati mereka. Proses pembinaan surau tersebut mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk disiapkan. Sehingga kini struktur bangunan surau tersebut kekal sepertimana yang asal. Pelan surau tersebut dibuat sendiri oleh sepupu kepada isteri Hj. Zainal yang pada ketika itu bekerja sebagai arkitek di jabatan kerja raya daerah.






KEGIATAN YANG DIJALANKAN

-         GOTONG-ROYONG
-          KORBAN TAHUNAN
-          KHATAN BERAMAI-RAMAI
-          CERAMAH
-          PERSATUAN KAUM IBU DAN WANITA
-          SUKAN/RIADAH
-          PENGENDALIAN JENAZAH
-          RUKUN TETANGGA
-          SEKOLAH AGAMA RAKYAT
-          FARDU KIFAYAH
-          KOPERASI


GOTONG-ROYONG
-          Aktiviti gotong-royong ini sering dijalankan dikawasan surau ini agar ianya dapat mengekalkan kebersihan kawasan tersebut. Aktiviti ini kebiasaannya dijalankan sekali sebulan. Aktiviti ini melibatkan semua golongan tidak kira muda atau tua. Tujuan aktiviti dijalankan agar ia dapat memupuk semangat kejiranan, silaturahim serta semangat tolong menolong antara satu sama lain. Selain itu, aktiviti gotong-royong juga tidak terhad dikawasan surau sahaja, ianya juga meliputi kesuluruhan kawasan taman tersebut. Hal ini kerana, dengan adanya aktiviti sedemikian, ia dapat mencegah masalah pembiakan nyamuk aedes dari terus melanda dikawasan tersebut. Selain itu , surau ini juga mengada aktiviti gotong-royong seperti dalam majlis perkahwinan atau walimaturus dan dalam masa yang sama juga peralatan atau kelengkapan bagi majlis perkahwinan ini adalah sepenuhnya dibiayai sendiri oleh pihak surau yakni kelengkapan mereka sendiri.


KORBAN TAHUNAN
-          Bagi korban tahunan ini, pihak surau telah menjalankan sistem kutu di mana pihak surau akan mengutip RM350 setahun setiap seorang atau seisi rumah. Dari sumber itulah pihak surau menggunakan untuk program korban tahunan. Setiap tahun jumlah korban paling minima sebanyak 3 ekor sama ada lembu atau kambing.



MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI
-          Surau ini ada juga mengadakan majlis ini setiap tahun jika ada permintaan. Pernah sekali surau ini mengada majlis khatan beramai-ramai dalam jumlah yang cukup besar kira-kira 40 orang dan dirasmi oleh Adun Pangkor pada ketika itu.


SUKAN/RIADAH
-          Madrasah Nadwah Islamiyah juga turut menganjurkan aktiviti sukan/riadah. Aktiviti ini sering dijalankan pada setiap tahun, dan kebiasaanye pada hujung tahun. Aktiviti ini melibatkan kesulurahan peringkat umur, tidak kira dewasa, remaja serta kanak- kanak. Ini sebegini dapat memupuk sedikit sebanyak semangat kesukanan dalam diri kita. Antara acara-acara yang paling menarik perhatiaan orang ramai ialah acara lari dalam guling, acara isi air dalam botol, makan buah tanpa mengunakan tangan, tiup tepung, larian berpasangan, pertandingan melukis dan mewarna, tiup belon sampai pecah dan lain-lain lagi. Selain itu, sukan sepak takraw dan indoor game seperti catur,  dam haji dan sebagainya turut diadakan.  Tujuan aktiviti ini dijalankan kerana ia dapat mengisi masa lapang kita, terutamannya golongan remaja. Aktiviti ini dapat menghalang golongan ramaja daripada menbuat aktiviti yang tidak berfaedah serta menjauhkan meraka daripada terlibat dengan gejala social dan dadah.


CERAMAH
-          Ceremah mingguan kebiasaannye dijalankan pada hari khamis, iaitu malam. kebiasaasnye, pihak surau akan menjemput penceramah dari luar untuk menberi ceramah. Antara tajuk-tajuk ceramah yang sering menjadi tumpuan penceramah luar ialah tajuk mengenai sejarah islam, masalah yang dihadapi oleh golongan islam pada masa kini, pengaruh barat yang makin menular dikalangan remaja masa kini dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga turut mendapat sambutan orang ramai, termasuklah golongan dewasa dan remaja. Aktiviti sebegini dapat menbantu sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan umat kita agar dapat menjadi lebih beriman dan boleh menbezakan antara perkara buruk dan baik. Oleh itu, majlis ilmu sebegini haruslah dipraktikkan diseluruh surau, masjid mahupun dirumah agar rakyat melayu islam menjadi bangsa yang lebih bertamadun kerana menpunyai ilmu pengetahuan yang luas.


PERSATUAN KAUM IBU DAN WANITA
-          Persatuan ini juga dilengkapi dengan pakaian seragam. Antara aktiviti yang dijalankan oleh persatuan kaum ibu dan wanita ini seperti kelas memasak, nasyid, berzanji, dalam menguruskan majlis perkahwinan, kelas menjahit, dan sebagainya. Persatuan ini diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada kaum ibu dan wanita dalam menyemarakkan lagi surau di samping dapat menambah pendapat mereka secara tidak langsung.


    PENGENDALIAN  JENAZAH
-          Madrasah Nadwah Islamiyah mempunyai kelengkapan sendiri dalam menguruskan jenazah dan segala pengurusan jenazah akan dilakukan sepenuhnya oleh pihak surau sendiri.


    RUKUN TETANGGA
-          Surau ini juga bukan sahaja dijadikan tempat untuk beribadah tetapi surau ini juga turut dijadikan sebagai pusat gerakan atau rukun tetangga. Segala urusan atau permasalahan boleh dirujuk pada surau ini. Antara aktiviti rukun tetangga yang dijalankan ialah mengadakan rondaan pada setiap malam bagi memastikan keselamatan taman melati dalam keadaan yang selamat untuk diduduki. Dalam satu rondaan aka nada dalam 30 orang untuk menjalankan rondaan dan mereka ini disediakan pakaian seragam.


    SEKOLAH AGAMA RAKYAT
-          Dikawasan surau ini juga didirikan sebuah bangunan sekolah agama rakyat. Bertujuan untuk memberikan ilmu keagamaan bagi kanak-kanak setelah tamat sesi persekolahan harian biasa atau kebangasaan diwaktu pagi selain mengisi masa lapang diwaktu petang kanak-kanak.


    FARDU KIFAYAH
-          Pihak surau Madrasah Nadwah Islamiyah berharsat dalam perancangan surau ini untuk menjalankan aktiviti fardu kifayah di surau ini. Antaranya  membuka kedai gunting rambut, kedai menjahit dan mendirikan warung atau gerai makan. Ini akan dapat menambahkan lagi pendapatan ekonomi setempat dan mewujudkan peluang pekerjaan pada golongan muda terutamanya.


KOPERASI
-          Madrasah Nadwah Islamiah turut menjalankan aktiviti koperasi dengan menjual barangan runcit.




PENUTUP

         Secara konklusinya, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalan oleh surau di kawasan taman perumahan. Ianya boleh dikatakan cukup aktif dari segi aktiviti yang berkaitan dengan agama.Aktivi-aktiviti ini juga mewujudkan suasana yang boleh mendatangkan kerjasama di antara penduduk serta merapatkan lagi ikatan silaturahim di antara penduduk.Surau ini juga memainkan banyak peranan kepada penduduk setempat.Boleh dikatakan  bahawa kesemua hari-hari penting Islam disambut dan dirai oleh penduduk Islam tempatan di surau ini.Jika dilihatkan kepada keadaan surau yang kian uzur,tetapi ini tidak menjadi alasan untuk membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Penduduk disini juga saling jua bekerjasama dan saling bekerjasama untuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa surau.Ini menunjukkan sikap yang baik dan bertamadun yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk setempat.




GAMBAR-GAMBAR


padang tapak asal surau Madrasah Nadwah Islamiyah




Ahli Jawatankuasa Surau Madrasah Nadwah Islamiyah







Madrasah Nadwah Islamiyah
















tempat wuduk lelaki










pelan cadangan penambahan ruangan saf bagi jemaah wanita





















ruang dalam surau




tempat ceramah diadakan





notis board





ruangan jemaah wanita
















ruang jemaah wanita











tandas






sekolah agama rakyat





dewan






kenderaan milik pengerusi merangkap imam Madrasah Nadwah Islamiyah






surau






warung


























































No comments:

Post a Comment